Ramadhan Al-Mubarak10:22
Saturday, 13 July 2013
Assalamualaikum , dah lama tak buat entry baru sebab dah tak de idea . Sempena bulan Ramadhan ni , aku share sikit info tentang Ramadhan . harap bermanfaat .
- Bulan yang ke-9 dalam bulan-bulan islam
- Mula di isytiharkan untuk berpuasa pada 2 Sya'ban tahun 2 Hijrah
- Bulan yang lebih baik dari seribu bulan
- Umat islam wajib berpuasa selama 30 hari
- Terdapat solat sunat terawih yang tidak ada dalam bulan islam lain
- Pahala wajib digandakan 70 kali ganda
- Pahala sunat digandakan sama seperti pahala wajib bulan biasa
- Terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar
- Malam Lailatul Qadar berlaku di antara 10 malam terakhir
- Malam Lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil 10 malam terakhir
- Solat sunat terawih mula didirikan pada malam sebelum kita berpuasa ke esokan hari
- Pada hari ke-30 kita berpuasa, tidak ada Solat sunat terawih
- Syaitan dan Iblis telah di ikat
- Ahli kubur tidak diseksa sepanjang bulan Ramadhan
- Berpuasa dalam bulan Ramadhan termasuk dalam 5 rukun Islam yang wajib bagi semua orang islam
- Terdapat hari iftar untuk umat islam berbuka beramai-ramai
- Umat islam diwajibkan membayar zakat fitrah dalam bulan Ramadhan
- Kita digalakkan melambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka sebaik sahaja azan
- Sahur adalah sunat ketika berpuasa
- Sahur adalah untuk kita bertenaga sepanjang hari supaya kita dapat memperbanyakkan ibadah
- Sahur tamat pada waktu imsak
- Bersedekah amat digalakkan dalam bulan Ramadhan
- Memberi makanan kepada orang berbuka merupakan keutamaan dalam bulan Ramadhan
- Maksud puasa ialah menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat
- Umat islam digalakkan berbuka dengan kurma dan air
- Batal berpuasa sekiranya bersetubuh pada siang hari
- Makhruh jika tidur sepanjang hari, pengsan, bersugi selepad zohor, menangis
- Batal jika memasukan sesuatu dalam rongga termasuk kentut dalam air
- Tidak batal jika berbekam dan derma darah
- Boleh merasa makanan selagi belum masuk ke kerongkong
- Ramai yang hanya mendapat lapar dan haus ketika berpuasa
- Pada bulan Ramadhan segala kejahatan adalah hasutan nafsu
- Kita mesti mengelak bercakap perkara dusta, sia-sia dan kotor ketika berpuasa di bulan Ramadhan
- Sebelum bulan Ramadhan ialah bulan Sya'ban
- Selepas bulan Ramadhan ialah bulan Syawal.
- Solat suna terawih boleh didirikan sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat.
- Setiap 2 rakaat, salam (solat sunat terawih)
- Disunatkan witir selepas terawih
- Solat terawih didirikan selepas Isyak
- Akan diampunkan segala dosanya sekiranya solat sunat terawih dengan penuh keimanan dan bersungguh memohon keredaan Allah
- Pintu syurga dibuka dengan luas
- Semua pintu neraka ditutup
- Terdapat syurga untuk orang berpuasa iaitu pintu syurga Ar-Rayyan
- Malaikat turun kebumi pada malam Lailatul Qadar
- Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun yang ke-tiga dalam rukun islam
- Bulan Ramadhan hendaklah kita memperbanyakkan bersedekah
- Pahala orang yang uzur (haid, nifas, wiladah dll) adalah sama dengan orang berpuasa
- Menahan diri daripada makan dan minum pada bulan Ramadhan
- Menahan lapar ketika berpuasa di bulan Ramadhan
- Bulan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, Bulan Ramadhan
Maaf sebab bercampur-campur . Maaf juga kerana tidak tersusun . Sekiranya ada kesilapan sila tegur . Terima kasih :) Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ! Jadikan ini sebagai panduan. InsyaAllah. Semoga kita semua diredai Allah. Amin. Assalamualaikum .