One step closer to Jannah.01:43
Saturday 3 January 2015
Asslamualaikum, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Hari ni aku nak cakap sikit pasal ikhtilat.
Huhu, aku rase sume dah tau kan maksud ikhtilatkan?
Takpe, aku terangkan lagi. Pergaulan antara lelaki dengan wanita.
Aku rase sume teringin nak jage ikhtilatkan? Cume kita masih tak mampu. Same gak macam aku. Aku currently dlm proses nak jage ikhtilat. One night, after bace satu entry tentang ikhtilat kat satu blog nih. Cube lah try bace. Mane tau dpt dijadikan inspirasi.
www.tarbiahsentap.com/2014/08/cara-nak-tinggalkan-couple-crush-dan.html?m=1 *Series sentap weh.
Aku saje la share link blog tuh kat grup wassap batch aku. *laki je. Then dorang sume bagi renspons yang sangat baik. Dorang sume ajak utk ikot ape yg dalam entry kat blog tu ajar.
Entry dia tentang cara nak jage ikhtilat dan elak couple.
Antara stepnya ialah.
1.unfriend sume kawan lain jantina.
2.buang sume contact pompuan dlm fon.
3.jangan dengar lagu cinta, bace novel cinta, dan ape ape yg berkait tntg cinta.
Dan banyak lagi.
Huhu, malam semalam, kitaorg satu grup wassap sume pakat nak buat step first, unfriend pompuan ajnabi kat fb.
Memang susah kot nak unfriend, rase bersalah je terutamanya nak unfriend crush. Haha *emojigile*.
Tapi tak kesahlah, insyaAllah kita akan dapat rasa kemanisan ukhuwah sesama sahabat sejantina.
Yg ade t askfm pon sume pakat deactivate acc masing2. hmm, okey la tuh. Masa tak terbuang dgn layan soalan2 yg merapu drpd org yang kita pon tak tahu sape. Susah mmg susah, tapi kalau sayang Allah dan nabi. Kena lah buat ape yg diperintah . Tak gitu?
Bkn nak kata laman sosial ni tak elok. Cume benda nih dpt jadikan ikhtilat. Aku syorkan korg ikut tips tuh. Kalau korang ade cara lain yg lagi bagus pon okey gak.
Aku rase bersyukur ada kawan2 yg bawak kite ke jalan kebenaran. Sesungguhnya aku sayang dorang. Haa.. lagi satu tahun dpn kelas asing laki ngn perempuan. Alhamdulillah, Insya Allah ikhtilat akan lebih terjaga, dan mata lebih terjaga.
Sekian sahaja, doakan kami berjaya menjaga ikhtilat dan berkekalan. Dan juga mendapat keredhaan Allah.
Assalamualaikum.
First entry.01:12
Assalamualaikum, rasenye nih entry first aku untuk tahun nih.*emojitepuktangan* hehe.
Dua minggu lepas, result PT3 keluar. Huhu memang cuak gile sblm dpt result. Dah tiga kali rasenye mimpi dpt 3A something la. Wuishh mmg cuak je sepanjang tunggu result keluar. Benda yg lagi mencuakkan bile ade rumors yg 80 baru A dan gred tak turun. Ya Allah. Cuak tak terkata. haha *emojicuak*
The day result keluar tuh , aku dah ckp kat parent awal awal jgn marah kalau result teruk n dorg dah redha. Pagi tuh, aku gi amik result kat mitib ngn parents Hazim. Sbb parents aku ade hal.
Pergh! Lagi pedih. Cuak tambah segan kott. Hazim tuh dah la budak pandai bkn mcm aku. Haha. Time Hazim nak amik result tuh, tetibe parents dia ajak amik result sekali ngn Hazim. Oh man. Allah je tau segan n cuak mcm mane time tuh.
Atas pentas tuh berdebar gile dah. Bace-"bismillahi tawakkaltu je tak henti2. And then Tc Gmah bagi slip result. Alhamdulillah, mimpi tuh tak tepat. Dan mmg tak sngke gile. Sebaik result sama ngn Hazim. 10A1B . Ya Allah syukurnya. Langsung tak expect. Bile bagitahu family pon forg tak caya. Haha. Apepon result MITIB tuk PT3 nih bagus lah gak. Dpt kalahkan saingan, BASIS. Hehe .*emojitepuktanganlagi*
Ni result kesuluruhan PT3 MITIB
11A - 4
10A - 7
9A - 11
8A - 14
7A - 8
6A - 9
5A - 4
Sekian sahaja entry pertama tahun nih. *emojitanganbuatpeace* Assalamualaikum ^^
Ramadhan Al-Mubarak10:22
Saturday 13 July 2013
Assalamualaikum , dah lama tak buat entry baru sebab dah tak de idea . Sempena bulan Ramadhan ni , aku share sikit info tentang Ramadhan . harap bermanfaat .
- Bulan yang ke-9 dalam bulan-bulan islam
- Mula di isytiharkan untuk berpuasa pada 2 Sya'ban tahun 2 Hijrah
- Bulan yang lebih baik dari seribu bulan
- Umat islam wajib berpuasa selama 30 hari
- Terdapat solat sunat terawih yang tidak ada dalam bulan islam lain
- Pahala wajib digandakan 70 kali ganda
- Pahala sunat digandakan sama seperti pahala wajib bulan biasa
- Terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar
- Malam Lailatul Qadar berlaku di antara 10 malam terakhir
- Malam Lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil 10 malam terakhir
- Solat sunat terawih mula didirikan pada malam sebelum kita berpuasa ke esokan hari
- Pada hari ke-30 kita berpuasa, tidak ada Solat sunat terawih
- Syaitan dan Iblis telah di ikat
- Ahli kubur tidak diseksa sepanjang bulan Ramadhan
- Berpuasa dalam bulan Ramadhan termasuk dalam 5 rukun Islam yang wajib bagi semua orang islam
- Terdapat hari iftar untuk umat islam berbuka beramai-ramai
- Umat islam diwajibkan membayar zakat fitrah dalam bulan Ramadhan
- Kita digalakkan melambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka sebaik sahaja azan
- Sahur adalah sunat ketika berpuasa
- Sahur adalah untuk kita bertenaga sepanjang hari supaya kita dapat memperbanyakkan ibadah
- Sahur tamat pada waktu imsak
- Bersedekah amat digalakkan dalam bulan Ramadhan
- Memberi makanan kepada orang berbuka merupakan keutamaan dalam bulan Ramadhan
- Maksud puasa ialah menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat
- Umat islam digalakkan berbuka dengan kurma dan air
- Batal berpuasa sekiranya bersetubuh pada siang hari
- Makhruh jika tidur sepanjang hari, pengsan, bersugi selepad zohor, menangis
- Batal jika memasukan sesuatu dalam rongga termasuk kentut dalam air
- Tidak batal jika berbekam dan derma darah
- Boleh merasa makanan selagi belum masuk ke kerongkong
- Ramai yang hanya mendapat lapar dan haus ketika berpuasa
- Pada bulan Ramadhan segala kejahatan adalah hasutan nafsu
- Kita mesti mengelak bercakap perkara dusta, sia-sia dan kotor ketika berpuasa di bulan Ramadhan
- Sebelum bulan Ramadhan ialah bulan Sya'ban
- Selepas bulan Ramadhan ialah bulan Syawal.
- Solat suna terawih boleh didirikan sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat.
- Setiap 2 rakaat, salam (solat sunat terawih)
- Disunatkan witir selepas terawih
- Solat terawih didirikan selepas Isyak
- Akan diampunkan segala dosanya sekiranya solat sunat terawih dengan penuh keimanan dan bersungguh memohon keredaan Allah
- Pintu syurga dibuka dengan luas
- Semua pintu neraka ditutup
- Terdapat syurga untuk orang berpuasa iaitu pintu syurga Ar-Rayyan
- Malaikat turun kebumi pada malam Lailatul Qadar
- Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun yang ke-tiga dalam rukun islam
- Bulan Ramadhan hendaklah kita memperbanyakkan bersedekah
- Pahala orang yang uzur (haid, nifas, wiladah dll) adalah sama dengan orang berpuasa
- Menahan diri daripada makan dan minum pada bulan Ramadhan
- Menahan lapar ketika berpuasa di bulan Ramadhan
- Bulan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, Bulan Ramadhan
Maaf sebab bercampur-campur . Maaf juga kerana tidak tersusun . Sekiranya ada kesilapan sila tegur . Terima kasih :) Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ! Jadikan ini sebagai panduan. InsyaAllah. Semoga kita semua diredai Allah. Amin. Assalamualaikum .
Tanda-Tanda sebelum didatangi Sakaratul Maut .09:49
Sunday 10 February 2013
Assalamualaikum , saya nak share sikit tentang tanda2 sebelum kita meninggal dunia .
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?
“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
• Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
• Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
• Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
• Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
• Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahua’lam..
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
Alhamdulillah Allah s.w.t. masih memanjangkan usia kita supaya kita boleh terus mengejar redha Allah s.w.t . Harap ilmu yg telah saya kongsikan dapat dimanfaatkan .
Disebalik Chatting20:48
Saturday 26 January 2013
Copied from Inni Akhafullah's blog.
salam ukhuwwah....apa khabar para pembaca sekalian??..haa...entri kali ini sebenarnya atas permintaan seorang kenalan inni yang menginginkan inni mengupas isu berkaitan dengan `chatting`berlainan jantina.sama ada ianya dibenarkan atau tidak..inni pun pelik dengan tajuk yang diberi ini. tetapi untuk tidak mengecewakan kenalan inni tersebut, inni macam biasa menjelajah ilusi minda untuk memberikan sekelumit pendapat inni tentang perkara sebegini rupa. tiba tiba inni terfikir, bagus juga rakan inni itu bertanyakan tentang isu ini..teringin juga nak tau kan... tapi inni bgi pendapat dulu la....haha..
kenalan inni yang menanyakan perkara ini mempunyai beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh inni..agak rumit juga persoalan yang diberi... tetapi inni cuba..insya allah...persoalan yang dibangkitkan ialah:
~boleh ke berchatting antara lelaki dan perempuan?
~mengapa sesetengah orang melarang?
~adakah chat boleh menaikkan nafsu seseorang?
boleh ke berchatting antara lelaki dan perempuan?
pertama sekali, inni tidak nafikan yang inni pun pernah berchatting dengan individu yang berlainan jantina. bagi inni sendirilah, secara jujurnya.. inni merasakan berchatting berlainan jantina ini ada faedahnya dan ada musibahnya, ada kebaikan dan ada keburukannya.tetapi bagi inni, inni lebih cenderung kepada keburukan dan musibah. mungkin ianya dibenarkan jika perkara yang dibincangkan ketika ber`chat`ing itu sendiri sesuatu perkara yang boleh mendatangkan manfaat.mungkin juga ianya akan dilarang sekiranya apa yang dibualkan itu sesuatu yang tidak bermanfaat dan bersifat keduniaan semata mata..inni tidak mampu untuk memberi sebarang fatwa dalam hal ini memandangkan inni bukan seorang mufti..inni pernah menanyakan kepada sahabat2 inni..inilah jawapan yang inni dapat..
"tp slagi jage batas2nye aq rse takde problem..."
antara yang lain,
"aku rase boleh je...tapi berpada pada la der...."
itu la antara jawapan yang diterima inni.ini cuma perkara yang sedang berlegar legar di benak inni berkaitan persoalan yang cuba dibangkitkan oleh kenalan inni tersebut..renung renungkanlah..Sesungguhnya chatting (berborak melalui internet), hukumnya sama dengan berbual dan berbicara biasa iaitu harus. Allah dan RasulNya sudah memberikan panduan yang lengkap melalui al quran yang diturunkan dan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Dalam berchatting, seharusnya kita menyedari, bahawa segala percakapan atau tulisan kita, tetap diperhati oleh Allah SWT dan juga MalaikatNya Raqib dan Atid.
“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawal yang selalu hadir.” (QS. Qaaf: 1)
Sepatutnya kita selalu menuturkan kata-kata yang baik. Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang mukmin supaya memilih untuk berdiam diri daripada berbicara perkara yang tidak berfaedah.
Dari Abi Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda :
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Firman Allah Taala :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Fushshilat: 33)
Perbualan dan perbincangan selalu di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Allah berfirman yang ertinya:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia". (An-Nisa: 114).
Janganlah kita mengucapkan kata-kata yang membawa kepada kufur, kotor, celupar, kasar, kesat, lucah dan seumpama dengannya sehingga berdosa kerananya.tetapi kadang2 inni juga selalu terlepas kata apabila sedang berchatting...sama sama la bermuhasabah kembali...huhu..
Terkadang berchatting dan berborak menyebabkan kita leka dan lupa waktu atau ketagihan. Ada di kalangan isteri yang sampai bercerai dengan suaminya kerana berchatting berjam-jam setiap hari. Ada pula pekerja yang akhirnya pekerjaannya jadi tidak sempurna kerana ketagihan chatting. Tidak kurang juga berlaku keruntuhan rumah tangga kerana maksiat siber ini. Sesuatu yang harus dan halal pada asalnya sekiranya disalahgunakan sehingga melalaikan dan mebinasakan diri dan orang lain akan jadi haram juga.
Dari Ibnu Umar berkata, Rasulullah saw bersabda,
“Janganlah kalian banyak bicara selain berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana hal itu akan membuat hati menjadi keras. Dan sesungguhnya manusia yang paling jauh dari Allah Ta’ala adalah orang yang berhati keras.” (HR. Tarmidzi)
bagi inni,Jika perbualan chatting tersebut bukan untuk menuntut ilmu atau bukan untuk medapatkan perkara yang bermanfaat, tapi hanya berborak-borak kosong yang tidak berguna, sebaik-baiknya kita tinggalkan demikian itu.
Sebaiknya dalam dunia chatting, kita meninggalkan perdebatan yang tidak menghasilkan faedah
Rasulullah bersabda:
"Aku adalah penjamin sebuah istana di taman syurga bagi siapa saja yang menghindari bertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bercanda". (HR. Abu Daud dan dihukum hasan oleh Al-Albani).
Janganlah kita mengumpat, mengadu domba, atau mengolok-olok sesetengah,kelompok ketika chatting.juga tidak dinafikan ..kadang2 inni pun melakukannya...haha..
Allah berfirman yang ertinya:
"Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain".(Al-Hujurat: 12).
Allah berfirman yang ertinya:
ustaz inni pernah membacakan ayat ini:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan) , dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan) . (Al-Hujurat: 11).
Bergaul antara lelaki dan wanita yang bukan muhrimnya ada batasnya. Janganlah seorang lelaki dan wanita bergaul hanya berdua saja. Sebaiknya ditemani mahramnya. Jika hanya berdua saja, maka hilanglah rasa malu, dan menyebabkan boleh terjerumus ke arah zina.
Selain haram mengucapkan kata-kata kotor, juga jangan mendekati zina dengan menuturkan kata-kata yang manja, rayuan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya.
FirmanNya :,
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu pekerjaan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS 15:32)
Apatah lagi jika chatting itu kemudian dipanjangkan dengan temu janji dan bersentuhan serta ikhtilat yang tidak syarie.
Rasul SAW bersabda yang ertinya:
“Sekiranya ditusukkan jarum besi ke kepala salah seorang di antara kamu, itu lebih baik dari pada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR At-Thabroni dan Baihaqi dari Mi’qol bin Yasaar)
Firman Allah yang ertinya :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudungnya kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak memiliki keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (Qs 24 : 31).
sabda Nabi:
"Dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihat keduanya... (dan beliau menyebutkan) : Para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, mereka menyimpang dari jalan yang benar dan memperlihatkan keburukan mereka kepada orang lain, kepala mereka seperti bonggol unta mereka tidak akan memasuki syurga, dan mereka tidak akan mendapatkan bau syurga, sesungguhnya bau syurga tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (HR. Muslim).
Ketika kita berchatting, mungkin kita tidak tahu siapakan rakan chatting kita. Kadang-kadang saja seorang lelaki menyamar sebagai wanita atau sebaliknya, atau orang yang jahat berlagak seperti orang bijak. Di AS, ada lelaki yang membunuh wanita teman chatting-nya setelah melakukan temu janji di luar. Oleh kerana itu, kita harus lebih berhati-hati dan berwaspada dengan siapa yang kita chatting.
Walaupun begitu ada juga artis-artis Hollywood diislamkan melalui dunia chatting. Berdasarkan bukti yang ada seorang artis wanita tanahair juga kembali jinak dengan agama sehingga meninggalkan dunia disco, nyanyian, lakonan dan dedah aurat dan solat yang tidak cukup selepas berchating dengan seorang arkitek islam yang menyamar sebagai office boy. Begitu juga dengan seorang mullaf dan seorang chatters eropah yang kembali ke pangkuan Ilahi dalam keadaan mengerti dan mengenal agama islam hasil dari didikan seorang chatter. Dan ada juga seorang lelaki Texas yang masuk islam, kerana chatting berbincang tentang Islam. Dia bertanya, ketika pengeboman NYWTC terjadi, apakah umat Islam yang melakukannya? Itu begitu simpati, kerana banyak wanita dan anak-anak yang jadi korban. Ketika dijelaskan bahawa Islam adalah agama yang damai, melarang umatnya memerangi umat yang berdamai/bersahabat dengan umat Islam, hanya berperang untuk bela diri, dan segera berdamai ketika musuh meminta damai, serta konsep Ketuhanan Islam, akhirnya dia masuk Islam.
Jadi chatting boleh jadi halal dan boleh juga jadi haram, ianya bergantung cara kita menggunanya. Dengan panduan di atas, semoga kita sentuasa berwaspada dan lebih berhati-hati, sehingga chatting yang kita lakukan, senantiasa dalam landasan beribadah dan mengingati Allah SWT.
Dalam kita melayari dunia cyber, hendaklah kita sedar bahawa kita masih terikat dengan tuntutan syariat Allah SWT. Jangan sampai kita melupakan matlamat kejadian manusia diciptakan Allah untuk menjadi hamba Allah yang mengabdikan diri kepada-NYA dan untuk menjadi khalifah Allah SWT untuk mentadbir dunia ini dengan hukum syariat yang telah diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Dalam kita bergelanggang di dunia cyber, hakikatnya kita telah menyahut tuntutan fardhu kifayah iaitu menyediakan wadah yang bermanfaat di dunia cyber bagi tujuan mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Jadi gunakanlah bakat dan kepakaran yang ada untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Letaklah Al Quran dan Sunnah sebagai pemimpin kita dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Letakkan kepentingan agama di hadapan. Kepentingan nafsu, singkirkan terus dari dalam diri. Jadikan dunia cyber sebagai alat untuk menuju ke akhirat. Jangan sama sekali menjadikan dunia cyber sebagai alat untuk memenuhi tuntutan nafsu.
mengapa sesetengah orang melarang?
sebagaimana yang inni baru kupaskan di perenggan atas sebentar tadi...mungkin sesetengah orang melarang perkara ini terjadi kerana takut terjadi perkara seperti diatas..mungkin sesetengah orang juga menghalang kerana takut terjadinya ikhtilat...
apakah itu ikhtilat???
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)
Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat, KEKASIH, BERCOUPLE mahupun tidak alah juga yang mendakwa sebagai rakan chatting, rakan di laman sosial atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.
Justeru inni klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat berlainan jantina ini sebagaimana berikut :
1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta,bercouple sebelum nikah
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat.
PERLANGGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULANMUSLIMIN-MUSLIMAT MASIH TERJADI DAN HAL INI MUNGKIN DISEBABKAN KERANA:
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.
PERLANGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULAN IKHWAH DAN AKHWAT MASA KINI...
1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".
Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga TERLANGGAR TIANG tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak SYARIE. LELAKI memandang WANITA dengan PENUH NAFSU dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian.
2. COUPLE
Duduk BERDUAAN DI TAMAN, kedai-kedai makan, berjaan berdua, TENGOK WAYANG BERDUAAN malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'JANGAN JAGA TEPIKAIN ORANG'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tida lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda denagn sewenangnya berdua-duaan.
sebenarnya banyak lagi perkara2 ikhtilat yang perlu dijaga oleh semua pihak..renung renungkanlah...
SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T SUDAH MEMBERI AMARAN KEPADA HAMBANYA
Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :
a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)
b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)
c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)
KESIMPULAN...
Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.
Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.
mungkin salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya ikhtilat sesama manusia adalah disebabkan melalui chatting juga.. renung renungkanlah dan selamat beramal..
adakah chat boleh menaikkan nafsu seseorang?
rasanya inni sudah memberi jawapannya pada perenggan2 yang di atas tu...jdi boleh la check sendiri di atas ek???
kenapa banyak alasan untuk boikot McD ?21:13
Saturday 8 December 2012
Apabila McD mengeluarkan kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong .
Sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa . Kata mereka yang anti-boikot ;
Google pun support Israel, boikotlah!
- FB pun sama, boikotlah!
- McD M’sia halal dimakan, kenapa nak haramkan pula, bodoh!
- McD kan dah keluarkan kenyataan tidak ada kaitan tu, percayalah sangat berita Aqsa Syarif tu. Mengarut dan tak ada bukti pon!
- Boikot macam ini takkan menolong apa-apa pun lah! Lebih baik derma dari boikot!
- Israel tak terjejas pun dengan boikot McD!
Agak kelakar bila McD ini macam makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend bersungguh-sungguh . Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot.
Ada kata-kata yg menarik dari Sheikh Yusof Al-Qardawi ;
“Jika orang2 Yahudi anggap diri mereka sebagai tentera yg mendukung negara Israel dengan seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!”
So, fikirlah sendiri. Jangan perlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh . Jangan sampai Allah ‘boikot’ mereka yang anti sangat ini sudahlah. Bersyukurlah ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot , dengan derma , dgn bantuan kemanusiaan , doa , perang saraf pemikiran dalam tulisan , dan apa saja usaha dari sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yaitu jihad dengan menggunakan senjata .
credit to: Syabab Musafir Kasih
Teman,Sahabat,Kawan : Kehadiran Menyenangkan, Pemergian Dirasai07:15
Friday 7 December 2012
saya nak share sikit tentang kawan,sahabat atau teman.
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.’
ada satu hadis tentang teman yang berbunyi ;
"sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." (H.R al-Hakim)
Baru-baru ini saya kehilangan seorang sahabat dan dia juga merupakan jiran saya. Kehilangan buat selamanya. Kehilangannya sangat dirasai kerana dia antara sahabat saya yang selalu mengingatkan saya pada Allah, pada perintah Allah, banyak mengajar tentang kebaikan, banyak memberi nasihat dan sebagainya. Selepas beliau kembali ke rahmatullah, ramai sahabat bercerita mengenai perkara yang sama. Arwah seorang yang baik, selalu mengingatkan mereka pada perintah Allah, seorang yang sabar orangnya, lemah lembut, berani, menghormati keluarga dan ia juga diakui oleh keluarganya sendiri.
Subhanallah! Untungnya memiliki seorang sahabat sepertinya.. Kehadirannya Menenangkan Hati,kehilangannya terasa di hati :') ... Nasihatnya masih terpahit di hati.
Ya Allah, kadangkala saya terfikir, adakah kita sepertinya? Kehadiran menyenangkan, kehilangan dirasai. adakah satu hari nanti apabila kita pergi, kita akan dikenang sebegitu rupa? Adakah sahabat di luar sana akan mendoakan kita? Adakah sahabat kita akan terasa kehilangan kita?
Sebagai seorang sahabat, apa salahnya kita berusaha untuk menyenangkan hati sahabat kita yang lain sementara kita masih berpijak di bumi Allah ni, selagi hayat dikandung badan.
Antara ciri-ciri sahabat yang baik ialah;
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, dia akan membantu kamu.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan daripada kamu..dia akan menghargai kebaikan kamu.
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
Jika engkau berdiam diri, dia akan menanyakan kesusahan kamu.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
Jika engkau berkata padanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan.
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Cinta seorang sahabat ketika dia mengajak sahabatnya berbuat baik kepada Allah. Sayangnya seorang sahabat ketika dia menyedarkan kita apabila kita terpesong dari landasan Allah. Kasihnya seorang sahabat ketika dia tidak pernah lupa berdoa untuk sahabat-sahabatnya.
Berdoalah untuk sahabatmu yang telah pergi menghadap ilahi, semoga Allah ampunkan dosa-dosa dia, semoga Allah lapangkan kuburnya, berikan cahaya di dalam kuburnya, semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya doa seorang sahabat tidak ternilai harganya sama seperti nilai persahabatan.
rasanya takde apa lagi yang nak tulis. Sayangilah Sahabat Anda sebelum mereka pergi menghadap ilahi. :')